Masalah sampah, keselamatan menghantui penduduk Kg Forest

Masalah sampah sarap naik ke rumah, ketiadaan jambatan konkrit dan keselamatan antara isu yang kerap membelenggu hampir 5,000 penduduk penempatan atas air di Kampung Forest, Jalan Buli Sim-Sim di Sandakan, Sabah. Bagi seorang penduduk, Rosalina Jumdana, masalah sampah sarap sering menghantui mereka sejak dahulu sehinggakan ada kalanya binatang liar seperti biawak dan ular naik ke lantai kediaman masing-masing kerana terperangkap kotoran seperti bahan buangan botol dan plastik.