Tutup

MAS jelas kadar tambahan bagasi yang tular tidak benar

Malaysia Airlines (MAS) menjelaskan bahawa senarai kadar tambahan bagi bayaran bagasi oleh syarikat penerbangan itu yang tular dalam media sosial adalah tidak betul. Dalam satu kenyataan pada Selasa, MAS berkata kadar bagasi tambahan masih berlandaskan kepada tanda aras industri dan berdaya saing dengan apa yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan lain.