Malaysia tidak berhasrat naikkan cukai

Malaysia tidak berhasrat untuk menaikkan cukai buat masa sekarang. Sebaliknya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Malaysia sedang meneliti untuk mengurangkan beberapa cukai seperti cukai import barangan mewah. Beliau berkata demikian pada sesi dialog bersama Kapten Industri China di Beijing.