Malaysia negara pertama di Asia laksana sistem ASEAN NCAP

Malaysia muncul negara pertama di Asia melaksanakan program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) berkaitan sistem garis panduan pelabelan keselamatan kenderaan baharu. Bermula 1 Mac depan, sistem itu akan dilaksanakan secara sukarela dalam tempoh setahun sebelum diwajibkan pada 1 Mac 2020.