Tutup

Malaysia jadi transit dadah RM676 juta

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas dadah jenis ketamin dan kokain bernilai RM 676 juta dalam dua serbuan berasingan pada Ahad lalu, di Selangor. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Paddy Abd Halim berkata, dadah yang dirampas dalam serbuan Op Soda itu dipercayai menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum kesemua bahan terlarang itu dieksport ke negara jiran.