Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Malaysia cipta sejarah, mesyuarat APEC pertama secara maya

Malaysia menempa sejarah baharu apabila mempengerusikan Mesyurat Pegawai Kanan APEC secara maya (VESOM) berkaitan COVID-19 pada Rabu. Mesyuarat selama empat jam yang bermula jam 7 malam itu disertai semua 21 anggota ekonomi APEC dari lapan zon waktu berbeza di dalam satu platform maya yang sama.