Tutup

Malaysia berkemungkinan jadi sasaran perang AS-China

Perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China mungkin membawa impak yang jauh lebih buruk daripada dijangka. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, persaingan yang semakin meningkat antara dua kuasa terbesar dunia itu berpotensi menjadi perang dingin, dan perkembangan itu sekaligus mengecewakan penyokong perdagangan bebas.