Malaysia bakal dapat khidmat lelaki terkaya Jepun, Masayoshi Son

Malaysia akan mendapatkan bantuan lelaki terkaya di Jepun Masayoshi Son bagi mewujudkan peluang pelaburan khususnya dalam bidang robotik dan kecerdasan buatan (AI). Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata dengan kepakaran pengasas Konglomerat Softbank itu, Malaysia dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, serta mewujudkan ruang perniagaan yang lebih kondusif dalam dua bidang tersebut.