Malaysia akan sertai tiga pameran pelancongan di Jepun

Malaysia akan mengambil bahagian dalam tiga pameran dan kempen pelancongan utama di Jepun sepanjang tahun ini usaha ke arah mempromosi serta menonjolkan industri pelancongan negara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata dalam usaha tersebut, pelbagai aktiviti pemasaran strategik dilaksanakan dalam meningkatkan imej malaysia sebagai destinasi percutian, pada masa sama sebagai peluang perniagaan baik untuk sektor swasta.