Tutup

Majistret didakwa minta rasuah RM295,000

Seorang majistret mengaku tidak bersalah hari ini di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, terhadap lapan pertuduhan meminta dan menerima suapan membabitkan nilai RM295 ribu. Berdasarkan kesemua pertuduhan, Mohamad Amin Shahul Hamid, 38 tahun, didakwa meminta suapan RM185 ribu dan menerima RM110 ribu daripada seorang penjual rokok, Hasan Basri Ahmad Sutan Modo yang merupakan seorang tertuduh sebuah kes di bawah kendaliannya.