Mahkamah benarkan kes Najib, Mohd Irwan dipindah ke Mahkamah Tinggi

Kes Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas KetuaSetiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang didakwa atas enam tuduhan pecah amanahmelibatkan wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6.6 bilion dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Rozana Ali Yusof membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam yang mewakili Najib dan Irwan Serigar, serta tarikh sebutan akan ditetapkan kemudian.