Mahasiswa ditemui meninggal dunia dalam kereta

Seorang mahasiswa sebuah universiti awam di Nibong Tebal, Pulau Pinang ditemui meninggal dunia di dalam keretanya di Taman Pekaka, Nibong Tebal, pada Sabtu. Mahasiswa lelaki berusia 22 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi.