Lindungi pusat urut, lima anggota polis direman

Mahkamah Majistret Sungai Petani membenarkan lima pegawai dan anggota polis ditahan reman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung aktiviti rasuah dengan melindungi kegiatan pusat urut di Nibong tebal. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret, Nurul Ainna Ahmad terhadap lima pegawai dan anggota polis tersebut.