Lima rumah setinggan terbakar di Kampung Baru

Lima rumah setinggan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, lewat petang Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.41 malam.