"Lihat semula sistem keselamatan di Sabah" - Shafie Apdal

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa semua pihak terlibat untuk melihat semula sistem keselamatan di Sabah. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri berkata, langkah itu adalah memastikan kejadian jenayah rentas sempadan tidak berulang di masa hadapan. Ini termasuk menempatkan semula infrastruktur keselamatan di Pantai Timur Sabah berbanding kawasan lain.