Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Liga bola sepak Malaysia dibenarkan tanpa penonton

Penantian peminat bola sepak negara akhirnya termakbul selepas kerajaan hari ini membenarkan sukan kegemaran ramai itu bermula 15 Ogos ini. Sukan tersebut merupakan antara aktiviti kejohanan dan pertandingan yang dibenarkan tanpa membabitkan penonton, dan perlu dilangsungkan di peringkat negara sahaja. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan akan memaklumkan Prosedur Operasi Standard dalam masa terdekat.