Lelaki maut jatuh bangunan

Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23 sebuah bangunan apartment di Meru, Ipoh pada Rabu. Mangsa berusia 55 tahun itu, ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam berhampiran laluan keluar kawasan tempat letak kenderaan bangunan tersebut.