Tutup

Lelaki didakwa rogol, liwat dan amang seksual ke atas dua beradik

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas empat pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap dua beradik berusia tujuh dan lima tahun. Muhammad Firdaus Wong Abdullah, berdepan satu pertuduhan merogol, dua pertuduhan meliwat dan satu pertuduhan melakukan kesalahan amang seksual fizikal terhadap dua beradik itu.