Lelaki diberkas selepas dera isteri dan anak tiri

Tidak puas dengan menumbuk kepala dan menendang muka isterinya hngga berdarah, seorang lelaki tergamak membaling besi senaman ke badan isterinya sehingga cedera. Lelaki berumur 36 tahun itu, akhirnya ditahan polis pada malam Rabu, di Kampung Tabanak, Lahad Datu, beberapa jam selepas isterinya, 26 tahun, nekad membuat laporan polis.