Tutup

Laporan UEC di peringkat akhir, akan diserahkan hujung Oktober

Pasukan petugas khas Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) kini dalam peringkat akhir untuk menyiapkan laporan berhubung pelaksanaan sistem itu, sebelum diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), hujung bulan ini. Bagaimanapun, Pengerusinya Eddin Khoo berkata, mereka masih menerima sebarang maklum balas, termasuk satu perjumpaan bersama Ahli Parlimen, pada 16 Oktober ini.