Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru 37 peratus siap

Beliau turut mengulas mengenai projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas -Johor Bahru kini siap 37 peratus. Projek yang menelan belanja 8.9 billion ringgit itu akan membina jajaran laluan berkembar sepanjang 192 kilometer bermula dari Gemas hingga Johor Bahru dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2021 dan beroperasi awal tahun 2022.