Kurma 'halal palsu' disita KPDNHEP

27 tan kurma pelbagai jenama bernilai lebih RM 448 ribu disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Pulau Pinang dalam operasi bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada Selasa. Serbuan dilakukan terhadap sebuah syarikat pengedar dan pengimport kurma di Bandar Perda, bukit Mertajam yang didapati menggunakan perakuan sijil halal tanpa kebenaran.