Tutup

Kubur: Semua pihak perlu hormati keputusan keluarga - Nik Omar

Nik Omar Nik Abdul Aziz , anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu semua pihak menghormati keputusan keluarganya yang tidak membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad menziarahi kubur bapanya di tanah perkuburan Islam Kampung Pulau Melaka di sini, hari ini. Nik Omar yang merupakan calon PKR-Amanah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 berkata, rancangan bekas perdana menteri itu untuk menziarahi kubur bapanya itu melibatkan sensitiviti keluarga.