Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

KTMB perkenalkan tambang fleksi ETS

Penumpang perkhidmatan ETS Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menikmati kadar tambang yang lebih berpatutan apabila syarikat itu memperkenalkan struktur tambang fleksi bermula 1 Mac 2020. Pelaksanaan tambang fleksi tersebut akan memberi kelebihan kepada pengguna ETS untuk merancang perbelanjaan dan pengalaman perjalanan mereka dengan lebih baik.