Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Krisis politik: Tiada laporan diterima mengenai kekecohan - Polis

Polis Selangor belum menerima sebarang laporan mengenai apa-apa insiden kekecohan atau perkara tidak diingini sepanjang krisis politik yang bermula sejak beberapa hari lepas. Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata rakyat di negara ini secara amnya sudah matang dalam mendepani perbalahan mengenai isu politik dan kepimpinan negara. Bagaimanapun beliau berkata pihak polis sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.