KPDNHEP pantau harga tong air

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP terus turun padang bagi memantau harga tong air yang dijual berikutan gangguan bekalan air yang bakal berlaku di sekitar Lembah Kelang dan Kuala Lumpur bermula Rabu. Ia berikutan ada rungutan bahawa segelintir peniaga bertindak menaikkan harga tong air yang kini menjadi buruan orang ramai sebagai persediaan menghadapi gangguan air.