Tutup

#KomunitiAWANI: Kraftangan kreatif dan batu permata yang tinggi nilainya

#KomunitiAWANI 18 September 2019 menampilkan pelakon, Ben Amir sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan penghasilan kraftangan kreatif menggunakan sumber alam semula jadi di Lawas, Sarawak. Selepas itu, kita saksikan juga semangat cinta akan negara yang dizahirkan oleh murid-murid comel Tabika Kemas Kawasan Jerteh sempena sambutan bulan Kebangsaan. Kemudian, kita akan lihat pula Pesta Tanglung yang menjadi sambutan bersama semua lapisan masyarakat tanpa mengenal bangsa dan budaya. Buat peminat dan pengumpul batu permata, jangan terlepas untuk dengarkan tips-tips menarik yang dikongsikan oleh salah seorang peminat dan pengumpul batu permata.