Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kod QR tidak wajib, hanya digalakkan

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memuat turun aplikasi memang digalakkan dan di peringkat Kerajaan Pusat terdapat aplikasi MySejahtera manakala di setiap negeri mungkin ada aplikasi lain. Bagaimanapun, ia tidak diwajibkan kerana ia tidak digariskan dalam Akta 342. Begitu juga pemakaian topeng, hanya digalakkan. Terdahulu beliau memberitahu, 2,021 pemeriksaan dilakukan terhadap premis perniagaan pada Selasa dan mendapati 146 diberi nasihat manakala tiga premis amaran kerana gagal patuhi SOP PKP.