Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

KKM perangi COVID-19 sejak Disember 2019

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, pihaknya telah menjalin kerjasama dengan semua pihak termasuk sektor swasta sejak Disember tahun lalu untuk memerangi pandemik COVID-19. Langkah itu perlu diambil kerana KKM menyedari kekangan utama yang perlu dihadapi iaitu kekurangan kemudahan yang terpaksa dioptimakan dengan sektor swasta.