Tutup

Kimanis Memilih: Wakil rakyat PH perlu kerja lebih kuat menangi hati rakyat

Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis harus dijadikan iktibar dan menjadi mesej jelas kepada semua wakil rakyat bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk memenangi hati rakyat. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, jangkaan rakyat terhadap kerajaan semakin tinggi dan mahu kerajaan menunjukkan hasil kerja kepada mereka.