Tutup

Kimanis Memilih: Laksana Post-Mortem, kembalikan sokongan belia - Syed Saddiq

Pakatan Harapan perlu lakukan Post Mortem Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis segera bagi merungkai punca kekalahan selain mencari solusi mengembalikan sokongan rakyat. Ujar Ketua Angkatan Anak Muda (Armada) Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, perbincangan bersama semua kepemimpinan PH yang akan diadakan dalam masa terdekat itu diyakini mampu merangka strategi yang lebih berkesan.