Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Ketahanan mental, jati diri beri semangat kepada anggota bomba baru

Tubuh kecil tidak menjadi penghalang bagi Edaziana A/P Matoyam, 23 tahun yang berasal dari Tapah, Perak menjadi seorang anggota bomba. Berketurunan Orang Asli dari suku kaum Semai, Edaziana adalah antara 82 anggota baru yang akan memulakan perkhidmatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah bermula Ahad ini.