Tutup

Kes pelajar pusat tahfiz maut: Tiga remaja direman sehingga Khamis

Tiga remaja yang dipercayai terlibat dengan kes kematian seorang pelajar cilik pusat tahfiz minggu lalu direman sehingga Khamis depan. Mohammad Aimin Nurul Amin, tujuh tahun, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lanchang, Temerloh selepas ditemukan dalam keadaan lemah di pusat tahfiz di Kampung Kuala Kaung, Lanchang.