Tutup

Kes khalwat: Hakim, polis direman lima hari

Seorang hakim Mahkamah Rendah Syariah Ipoh dan seorang anggota polis direman lima hari bermula Rabu bagi membantu siasatan melepaskan seorang pegawai polis daripada kes khalwat. Perintah reman terhadap hakim berusia 37 tahun dan anggota polis berpangkat Lans Koperal berumur 30 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh N.Nageswari.