Kerani kerugian setengah juta ringgit

Seorang kerani wanita kerugian lebih setengah juta ringgit selepas ditipu sindiket Macau Scam sebelum tampil membuat laporan polis Sabtu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, mangsa yang berusia 40-an ditipu sindiket itu bermula April lalu.