Kerajaan tidak bercadang wajibkan pengundi keluar mengundi

Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan pengundi keluar mengundi semasa pilihan raya umum. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada warganegara yang layak untuk keluar mengundi.