Tutup

Kerajaan rangka undang-undang lindungi pekerja ekonomi gig

Kerajaan sedang mengkaji peruntukan perundangan, terma dan syarat bagi memastikan nasib pekerja ?Gig Economy? terbela seiring revolusi industri 4.0. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kajian tersebut sedang dilaksanakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).