Tutup

Kerajaan perlu bubar Parlimen - Ketua pembangkang

Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membubarkan parlimen susulan kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. Menurut Ismail, jika kerajaan benar-benar sensitif dan mendengar suara hati dan nurani rakyat, kerajaan tiada pilihan selain membubarkan parlimen dan menyerahkan kuasa kepada rakyat.