Tutup

Kerajaan akan terus bincang isu had usia perkahwinan

Kerajaan Persekutuan akan meneruskan perbincangan bersama kerajaan negeri berkaitan pindaan isu Had Umur Perkahwinan Kanak-Kanak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, Kerajaan Persekutuan akan terus mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri bagi mencapai keputusan konsensus.