Tutup

Kerajaan akan kuatkuasa perlesenan terminal pengangkutan awam darat

Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) setuju terima pakai cadangan Kementerian Pengangkutan untuk menguatkuasakan pelesenan terminal pengangkutan awam darat. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, majlis tersebut juga menerima cadangan untuk mengawal selia caj yang dikenakan berdasarkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan pengendali terminal terbabit.