Tutup

Kenyataan Omar Faudzar satu tuduhan jahat - Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, meminta perwakilan UMNO Bukit Gelugor, Omar Faudzar, membuktikan dakwaan bahawa DAP membawa masuk sejumlah pengundi hantu dari China. Dakwaan itu disifatkan guan eng sebagai permainan sentimen perkauman yang sangat bahaya dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.