announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kenderaan dari luar tidak dibenarkan masuk ke daerah Lahad Datu

Kenderaan dari luar yang ingin memasuki Lahad Datu tidak akan dibenarkan masuk melainkan mempunyai sebab yang munasabah. Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, sekatan jalan raya dilakukan di lima kawasan utama yang menjadi laluan keluar masuk yang berkuat kuasa untuk tempoh 24 jam bagi mengekang penularan wabak COVID-19.