Kenaikan harga barangan aduan tertinggi

Aduan kenaikan harga barangan merupakan aduan tertinggi di terima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP setakat ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, aduan tertinggi mengenai kenaikan harga barangan itu melibatkan aduan harga di restoran dan kedai makan. Diikuti dengan aduan penipuan atas talian yang di lihat naik mendadak serta disusuli dengan aduan iklan yang mengelirukan.