Tutup

Kementerian Pertahanan belum dimaklumkan penemuan isu Land Swap

Sidang Dewan Rakyat. Kementerian Pertahanan masih belum dimaklumkan mengenai sebarang penemuan atau hasil siasatan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berkaitan projek Land Swap. Menterinya, Mohamad Sabu bagaimanapun menegaskan, pihaknya telah mengemukakan laporan siasatan bagi dua daripada 16 projek Land Swap kepada pihak SPRM pada 21 Februari lepas. Butiran lanjut bersama wartawan, Wan Syamsul Amly di Dewan Rakyat.