Kemelut politik PKR perlu selesai secara dalaman

Setiap parti politik di Malaysia perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebih daripada kepentingan peribadi. Perkara itu penting bagi memastikan supaya tiada kegusaran dalam masyarakat dan ia harus diselesaikan dalam ruang lingkup parti. Penganalisis Politik UUM, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata demikian sebagai mengulas mengenai kemelut politik PKR.