Kematian peniaga nasi lemak, pemandu mengaku tidak bersalah

Seorang pekerja ladang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth atas pertuduhan memandu dibawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang peniaga nasi lemak pada Ahad lepas. Tertuduh, G. Ravi, 31 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.