Tutup

Kemakmuran bersama jadi teras #MyAPEC2020

Kemakmuran bersama menjadi teras kepada malaysia sebagai tuan rumah kepada Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik APEC ke-30. Menerusi tema 'Mengoptimum Potensi Manusia Menuju Masa Hadapan Kemakmuran Bersama', Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kini tiba masa bagi 21 anggota kerjasama ekonomi itu mempertimbang untuk mengangkat falsafah itu dan melaksanakannya dalam model ekonomi ketika ini.