Tutup

Kebocoran gas punca letupan di pangsapuri Green Garden

Kebocoran gas dan percikan api dari pemetik api dipercayai punca berlakunya letupan di tingkat 20 pangsapuri Green Garden, Jalan Paya Terubong, Georgetown pada pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang memaklumkan letupan itu menyebabkan seorang lelaki, Lee Kok Eang, 62 cedera.