Tutup

Keadaan jerebu di Miri

Kebakaran hutan di Sarawak semakin bertambah dengan 17 lagi kes dilaporkan setakat 8 pagi Sabtu. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak (JBPM) ini menjadikan keseluruhan 494 kes dilaporkan sejak 1 Ogos. Sehingga jam 3 petang tadi dua tempat di Sarawak menunjukkan bacaan kualiti udara sangat tidak sihat. Rakan setugas, Essan Yahya kini berada di lapangan terbang miri mungkin dapat berkongsikan keadaan jerebu di sana.