announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kastam rampas ganja dalam bungkusan permainan

Cubaan seorang lelaki yang menggunakan kotak permainan lego untuk menyeludup masuk dadah jenis ganja ke negara ini gagal apabila perbuatannya berjaya dihidu pihak berkuasa. Perbuatan lelaki berusia 24 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan pasukan narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang dalam serbuan di Kompleks Gurney Plaza, Isnin lalu.